Sunday 20 March 2011

Weekend: Berdating sambil mengimbau kenangan zaman bercinta

Semenjak aku menjadi weekend wife ni, hujung minggu adalah masa yang sangat bernilai buat aku dan Encik B. Aku jadi sangat malas untuk keluar berpelesaran tanpa arah tujuan kerana bagi aku melepak di rumah adalah perkara paling berharga untuk menghabiskan masa hujung minggu. Tapi Sabtu semalam Encik B ajak aku ke Maxis Centre kerana bb Encik B ada problem bila nak surfing internet.Selain nak settle kan masalah bb Encik B, aku nak setel kan skali masalah outstanding bill yang membantutkan tindakan aku nak tukar ke line Celcom tanpa menukar ke nombor baru.Aku memang da lama panas hati dengan maxis ni. Perkhidmatan memang sangat hampeh.Encik B decide nak g dekat KLCC.Kami memang da lama tak kesana sebab kami berdua memang jenis xsuka saja2 nak berpeleseran ke shoping complex kalau xde apa something nak cari.Encik B plan nak naik komuter dari Sg Buloh then amik putra LRT.Aku agak excited jugak bila dengar plan Encik B.Teringat masa zaman bercinta dulu.Sesekali kami sengaja memilih tuk naik komuter sebab EncikB malas nak drive meredah jem. Sambil tu boleh cuci mata sambil tengok macam2 ragam manusia.

Image by Google
Gambar Selingan. Saja nak show ini adalah pengangkutan rasmi semasa zaman bercinta dulu.

Ni pun di ambil di Google
Ini pula adalah petunjuk laluan perjalanan aku. Bila naik train aku suka duduk berdepan dengan penunjuk ni. Setiap kali train berhenti aku akan kira berapa station lagi nk sampai ke destinasi.


Tapi plan yang dirancang Encik B xkesampaian. Aku yang cadangkan nak tukar plan tu. Kisahnya begini..Malam sebelum tu aku buka almari. Nak tengok baju apa yang sesuai nak pakai untuk date esok.Setelah satu almari tu aku geledah aku jumpa baju yang belum pernah aku pakai. Bila ada sale je aku pun beli la dua tiga pasang.Tapi disebabkan da jarang keluar baju tersebut hanya tersangkut je dalam alamari. Tapi yang menjadi masalahnye tudung yang sesuai nak pakai ngan baju tu xde. Maklumlah aku ni hidup secara nomad. Baju ngan tudung pun nomad la sekali. Kalau ingat ada event weekend tu aku bawa la balik. Tapi selalunya mesti lupa. Tu yang terpaksa beli tudung lain walaupun warna tu aku dah ada. Aku terpaksa tukar plan ke Sunway Pyramid supaya senangla nanti aku nak singgah Giant Shah Alam sebab nak beli tudung yang aku nak.(aku suka satu brand tudung yang ada jual kat situ.Kainnya cantik dan harganya pun ok. Sebab tu la sanggup ajak Encik B beli kat sana). Nasib Encik B ok je. Akhirnya plan nak berdating  naik komuter terpaksa la di batalkan.

@ Sunway Pyramid.Aku yang semakin tembam dan dia tetap begitu. Kesukaan kami bergambar depan cermin.


Berjalan2 sehingga kaki lenguh. Perut pun mula minta diisi. Kami nak cari something yang different.Sebab aku da jemu nak makan ayam.Tapi yang susahnya Encik B aku ni tak suka makan wastern. Tekak dia lebih ketimuran.Setelah penat bertikam lidah mencari citarasa yang sesuai kami akhirnya memilih Laksa Shake's sebagai tempat menghilangkan rasa lapar yang teramat sangat.

Lihat menu2 dua orang yang sedang kelaparan:


Menu pilihan Encik B: Set nasi bersama ayam masak lemak cili api, telor dadar dan sayur kerabu
Sup daging tu termasuk dalam pakej

 Ni lak pilihan aku : Lontong johor + Sambal sotong
Otak2 tu pun masuk dalam pakej

 ABC sebagai pencuci mulut

 Sirap bandung Encik B, Lime asam boy aku punya.



Sangat kenyang sampai aku tertidur sepanjang perjalanan pulang.



de other side : Mencari idea tuk sambut besday Encik B yang akan muncul beberapa hari lagi.



No comments:

Post a Comment