Thursday 17 March 2011

1st EnTry- Aku & Perubahan-

Akhirnya tercapai juga hasrat untuk membuka blog sendiri setelah sekian lama aku berimaginasi nak punya blog. Hari ini (Khamis, 17 February 2011) sempena meraikan hari tanpa bos sedunia (nak menerangkan betapa aku enjoynya bos tak de untuk hari ini dan esok) aku dengan gembiranya tanpa rasa bersalah telah menghasilkan Her & De Other Side.



Aku tak tahu sejak bila keinginan untuk ada blog sendiri tu datang. Mungkin semenjak aku bukan lagi seperti diriku yang dulu..Ceh..ayat xboleh bla...Tapi memang betul pun aku bukan macam aku yang dulu. Sebab dulu aku SINGLE dan sekarang aku adalah WIFE kepada En Razmi. Dulu aku STUDENT yang hidupnya bergelumang dengan buku buku ilmiah yang masa senggangnya akan diisi dengan menonton cerita2 Korea tanpa mengira soal lapar dan dahaga, siang atau malam dan sekarang aku adalah seorang EMPLOYER yang mempunyai tanggungjawab mejalankan tugas yang telah diamanahkan. Kiranya dengan adanye Her & de other side dapatlah aku berkongsi idea dan rasa dalam menjalani kehidupan sebagai Hambanya...



Image by Google


Her : ~Sedang menanti perubahan seterusnya..

No comments:

Post a Comment