Wednesday 23 March 2011

1st Check Up : Kekurangan Hemoglobin

Semalam aku cuti sebab nak buat 1st checkup.Mak suh aku ambil cuti sebab kata mak 1st time check up ni makan masa lama sikit. Banyak benda kena buat bila nak bukak buku pink tu. So aku pn on leave la sehari. Plan nak pegi seawal pagi yang boleh. Kalau boleh kul 8 dah tercegat kat depan klinik tu. Tapi disebabkan pagi tu cuaca macam mendung2 je lepas suboh kami terlajak tidur hampir pukul 8. Siap2 kuar rumah dalam pukul 8.20.Plan nak sarapan dulu, tapi sebabkan dah lambat takut orang ramai terus je pergi.Sampai, register dan ambil nombor.Dapat giliran yang ke 24. 

Tak lama tu nama aku dipanggil tuk wat pemeriksaan. Mula ambil tekanan darah, then nurse tu ambil keterangan tuk isi maklumat dalam buku pink. Lepas tu aku diminta buat urine test.Selepas sample dihantar ke makmal kena tunggu untuk dapat dia punya result.Bila result dah keluar pergi ke step seterusnya > ujian darah. Then tunggu lagi tuk tahu result.Bila dah dapat result tunggu lagi (berapa kali tunggu daa) untuk dapatkan keterangan dan nasihat hasil daripada keputusan yang tecatat dalam buku pink tu.

Bila nama dipanggil, nurse maklumkan yang hasil daripada semua test yang aku dah jalankan tu ada satu yang bertanda dengan pen merah. Macam dalam report card periksa tu.kalau merah maksudnya fail kan. Sama la jugak untuk ujian check up ni. Aku fail kat blood test.Kalau dalam buku tu tulis kekurangan hemoglobin. Kalau normal kena capai sampai 11, tapi result aku 10.3 je. Lagi sikit je nak normal. Padahal semalam da makan kerang banyak.  


Ni la repord card tu @ buku pink. Gambar kurang clear.Snap guna hp je.

Hemoglobin tu apa ye ? soalan pertama aku tanya kat nurse tu. Bukannya xpernah dengar langsung pasal hemoglobin masa belajar dulu. Tapi mana la nak ingat sangat kalau benda tu kita xapply kan. Secara ringkasnya nurse tu cakap hemoglobin dalam darah berfungsi mangangkut darah ke paru2 dan kebahagian lain. Kalau hemoglobin ni kurang boleh menyebabkan anemia. Anemia ni boleh di kesan melalui tanda2 berikut:



  • Kulit pucat, terutamanya di hujung jari, bibir, sekeliling mata dan lidah.







  • Lesu, tidak bermaya dan lemah.







  • Sesak nafas selepas melakukan aktiviti.







  • Pening.







  • Kadar nadi meningkat






  • * Yang aku bold kan tu selalu berlaku kat aku.

    Pastu nurse nasihatkan supaya makan makanan yang seimbang yang kaya dengan zat besi macam hati, tiram, kerang, daging tanpa lemak, ayam/itik, ikan, kacang dan sayur yang dikeringkan.


    Image by Google
    Contoh makanan yang perlu aku tingkatkan dalam menu harian


    De other side : Sebab result kurang memuaskan kena wat checkup dua minggu sekali.

    No comments:

    Post a Comment