Wednesday 30 March 2011

Cerita Campur Aduk

Pertama : Sejak Jumaat sehingga semalam (Selasa) aku ke office menaiki teksi. Cik Lulu dan tuannya telah bercuti panjang. Selama tiga hari menjadi pelanggan setia teksi, sedikit sebanyak telah menambah pengetahuan aku tentang kerjaya sebagai seorang pemandu teksi. Antaranya income bulanan diorang dan juga sebab2 diorang memilh kerjaya sebagai pemandu teksi. Aku kagum dengan semangat diorang untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga. Aku juga agak terkejut bila ada sesetengah daripada mereka yang mengatakan income bulanan mereka boleh mencecah lapan ribu sebulan bergantung pada usaha dan keadaan semasa. Terkejut kan.Korang terkejut tak? Aku juga turut berasa simpati mendengar kisah seorang pemandu teksi yang dahulunya seorang yang mempunyai kerjaya yang bagus, berkerja di syarikat yang punya nama besar,juga jawatan yang agak tinggi dalam syarikat, akhirnya hidup nya berubah hanya kerana perasaan dengki manusia. Bermula dengan sakit berlarutan yang tiada ubat sehingga menyebabkan dibuang kerja. Setelah penyakit berjaya diubati dia meneruskan kehidupan dan memilih untuk menjadi pemandu teksi. Aku ingat kata2 yang dia cakap <bila sekali kita jatuh jangan cepat putus asa dan cuba bangun semula>
Her : Cik Lulu dan tuannya dah kembali. Sudah tidak perlu menjadi penunggu teksi



Kedua : Aku sudah pandai beli ayam dan juga siang ayam. Sumpah ini memang pertama kali aku beli ayam sendiri dan siang ayam sendiri. Semalam oleh kerana tekak aku da boleh terima langsung makanan beli, aku dengan rela hatinya pergi beli ayam sendiri dan siang sendiri. Baru puas hati aku dengan tahap kebersihan makanan yang aku makan. Sejak mengandung ni aku menjadi sangat choosy. Nak makan masakan sendiri atau masakan emak. Tekak aku rasa hanyir je bila makan ikan or ayam selain dari masakan mak aku atau aku sendiri yang masak. Pastu tekak mula la nak mencari makanan yang boleh hilangkan rasa hanyir tu.
Semalam juga buat pertama kalinya aku masak tom yam yang sangat sedap. Serius sedap. Kalau aku cakap sedap memang sedap la tu. Kalau tak sedap aku tak kan cakap sedap sebab tekak aku sangat jujur. Dia tak pernah menipu bab makan2 ni.


Tomyam putih bersama brokoli dan cili gajah. 

Her : - - Rupanya memasak tu seronok. Lagi kalau benda tu menjadi dan sedap


Ketiga : Pagi ini sekali lagi aku mencuba benda baru. Actually dia bukan lah benda baru atau pertama kali aku cuba. Aku pernah memakainya beberapa kali. Tapi biasanya aku pakai dengan bantuan adik aku merangkap pembantu peribadi aku. Aku tak berapa pandai pakai sendiri kerana dia yang akan memberi tunjuk ajar cara nak pakai dengan betul. Tapi hari ni aku pakai sendiri tanpa bantuan adik aku. Aku suka sebab dia nampak cantik dan trendy.Nak juga ikut perkembangan semasa tapi serius LECEH la pakai benda alah ni. Aku terpaksa menghabiskan setengah jam di hadapan cermin,sampai aku terpaksa skip breakfast semata2 nak bagi ianya kemas dan menarik. Sampai office masih tak puas hati lagi, sambung betulkan kat toilet pulak. Bila da tengok kat cermin besar dalam toilet dan betulkan bagi bertambah kemas baru la aku puas hati. Tapi rata2 orang yang da selalu pakai selendang ni semua kata senang nak pakai. Tah la bagi aku tudung yang ada awning tu tudung paling mudah dalam dunia. Sarung je dah boleh jalan. Lagi mudah bila boleh pakai smbil berjalan. Tak perlu menghabiskan masa yang panjang di depan cermin yang boleh membuatkan kaki aku lenguh.  



Kesalahan mengambil gambar.Muka kelihatan tembam dari sebenarnya.


.
Her :  Nak memulakan sesuatu yang baru itu bukannya mudah.

1 comment:

  1. Orang kata masa mengandung jangan memotong, mengerat bende2 hidup. Tapi semuanya drp Allah kan..

    ReplyDelete