Saturday 4 March 2017

Girls Day Out 2.0


Ni kali kedua kami plan hari bersama gegirl dalam family Misran. Kali ni include ipar duai dan anak buah. Yang first hari tu just adik beradik gegirl, mak dan 2 hero aku. Harith dan Harraz. Masa hari kejadian hari Jumaat sehari lagi sebelum CNY. HH dah cuti dan R sudi nak jaga dia hari tu. Boleh lah aku berjimba sakan. ehh..

Perancangan memang dah dibuat awal awal bulan lagi sebab aku dan nadia majikan kami berbangsa cina. Of course la office akan tutup awal sempena CNY. So kami pun plan lah dan diikuti kakak ipar aku, kak Adah, sekolah dia pun tutup awal sehari sebelum CNY. Kaklong dan kak Aida ambil cuti yang dirancang. 

Untuk aktiviti ni aku lantik diri sendiri ntuk jadi ketua rombongan. hahaha. saja memoyokan diri sendiri. Rancangan asal nak gerak lepas sarapan,lepas semua kerja rumah da settle. Tapi tahu lah, bukan boleh on time pun.

Tempat berkumpul rumah Kak Aida. Senang nak gerak terus menghala ke Shah Alam. dari lepas sarapan, kul 12 gak baru gerak. huuu..

Sampai terus g makan dekat Wong Solo seksyen 7. Sebab nak ke Jakel lepas tu. Dari Wong Solo terus lah ke Jakel. Berjam jam gak duduk dalam tu. Aku dari tak plan nak beli apa, terbeli pulak kain langsir untuk bilik. Memang ada plan nak tukar langsir bilik, rasa nak tunggu bulan depan. Sekali dah sampai situ mana boleh tak beli sebab dah nampak yang cantik dan kebetulan ada sale pulak. 

Dah habis berkampng kat Jakel terus ke Aeon Shah Alam. Ni lebih kepada tujuan asal aku ajak diorang berjimba. Hii. Aku suka pergi shoping mall ngan diorang sebab nanti boleh duk berjam jam dalam sephora. Memang ada benda nak beli, tapi sebelum beli tu suka test itu ini, tengok produk skin care yang best best..tu pun boleh jadi terapi. Dari plan nak beli satu barang terbeli dua tiga. gitulah kalau dah nama perempuan. 

Lepas dah beli barang yang dihajati, kami terus lepak minum minum dekat teh tarik palace. Sementara tnggu makanan sampai aku ngan kaklong g lari sekejap beli 3 slice kek sr wat sambut besday mak. Birthday mak masa tu baru lepas beberapa hari. Tak sempat lagi wat acara potong kek dengan whole family member. So kita sambut secara ringkas kat situ dulu. 



Sebelum maghrib kami pun bersurai. Terus ke rumah Kak Aida balik. 

Ada plan nak buat lagi Memasing tak puas sebab sekejap sangat sebab tak dapat nak masuk butik butik area seksyen 7 tu.. So insyaallah akan ada lagi la gegirl day out part 3.sighh..


Dari kiri; Kaklong, elin (anak kaklong), Wawa (anak abg Jat&Kak Aida), Intan (makan auntie anne), Aishah (tudung hijau), Kak Adah (wife abg ngah), Mak, Nadiah, Nurul (wife Mizi), Aku (ketua rombongan), Kak Aida (Wife Abg Jat)

Love
Hawa