Saturday 14 January 2017

Kembali Setelah Beberapa Tahun

Kenapa kembali?

Ntah. Bosan barangkali. Aku suka menulis panjang panjang dalam FB dan IG. Tapi selalu malas sebab screen telefon terhad. Jari makin melebar. Saiz keypad takpernah berubah. Susah kan. Selalu tulis lepastu padam. Lepastu tulis lagi. Lepastu padam. Lepastu tulis sikit. letak hashtag. lepastu post. Benda yang dalam fikiran terus tak diluah. Eh tapi perlu ke terjemahkan semua yang berada dalam fikiran.?.... Kau rasa? ntah.....aku rasa perlu sebab sekarang aku da kurang tempat bercakap dan bercerita. Jadinya harus gunakan medium lain untuk bercerita.

Yang sebenarnya kenapa aku menulis.
Begini..

Blog ni wujud dulu 2011 masa aku mula melangkah ke alam kerjaya. Ya. lepas 6 bulan graduate dan sebulan lebih menjadi isteri R, aku memulakan kerjaya sebagai kerani kontrak. Masa tu ramai kawan kawan sekeliling ada blog. Aku pon follow je lah. Tapi lepas tiga bulan kontrak aku habis dan tak dapat sambung,  aku teruskan kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa dan masa tu line internet kat rumah pon tak de lagi. Jadi terbiar je lah blog nih.

Ni sedikit summary pasal aku kehidupan aku enam tahun yang lepas..

2011- Sebagai suri rumah. stay dgn MIL. Lahirkan Harith.
2012- Harith ekzema. Banyak membaca berkaitan ekzema, ubat apa yang sesuai, cara tangani, semualah aku baca. Siap baca journal perubatan lagi. Mula bekerja semla selepas Harith satu tahun dan ekzema Harith bertambah baik
2013- Memulakan kehidupan di rumah sendiri. Berulang 100km++ satu hari. Jumpa dengan pelbagai ragam manusia. Mengandung dan melahirkan Harraz
2014-Ibu beranak dua. Keluar dari zon selesa. Tukar kerjaya ke tempat yang lebih dekat dan sedikit mencabar.
2015- Keluarga dan kerjaya
2016- Tahun memantapkan kerjaya

Itu jelah serba sedikit pasal kehidupan bermula 2011. Of course in between tu macam macam yang berlaku. Aku sebenarnya suka baca blog orang. Kagum dengan orang yang masih bertahan update blog. Istiqamah sungguh. Mungkin da menjadi pendapatan sampingan diorang. Sebabtu blog tak pernah dibiarkan berabuk.

Dulu teringin jugak nak tulis selalu kat blog. Tapi banyak kekangan. Line internet tak de, kerja banyak, line tak clear, bos memanjang ada. tak ada benda nak cerita..memacam lagi lah..
Tapi azam tahun ni nak cuba sesuatu yang baru selain dari kerjaya hakiki. Mungkin ni salah satunya. Last year pon aku da mula wat part time sesikit. Cuma tak berapa serius.

Itu je yang sebenarnya..Work load kat tempat kerja sekarang pon bermusim.Ye bila time free nye yaa ampun sampai tak tahu aku nk google apa. Habis semua aku stalker. kah kah kah... gi tulahhh.. Aku sebenarnya suka masa tu berlalu tanpa disedari. Tapi bila musim tak banyak kerja datang, rasa lambat sangat masa tu berjalan. Kadang kadang ada kerja tapi nak tnggu bos mendarat masuk ofis ni lahaiii.. susah betul. terpaksa buat apa apa yang patut dulu..

Tu aku amik keputusan untuk menulis. Orang baca atau tak tu belakang cerita. janji masa aku terisi. kan..


Calender free. Nampak nau banyak sangat free time nye sebab sempat nak pangkah tarikh dalam calender

Till then..

No comments:

Post a Comment