Friday 3 March 2017

Tak tahu nak suka ke sedih

Semalam petang MIL suruh ambil lauk untuk makan malam. Aku pon dengan senang hati lah ke rumahnya. Dalam hati yea yea tak payah masak.Boleh la lunjur kaki depan tv awal sikit.

Lepas ambil lauk, MIL bagi tahu dia ada buat kuih apam. Tinggal kukus je lagi. Dia tunjuk kat aku apam yang dah dibancuh tu. Dia suh aku tolong kukuskan sebab dia nak ke masjid.

Aku ok je lah walaupon macam malas sebab aku takut tak jadi pulakkan apam tu. Sebab tak tahu berapa lama nak kukus dan macam mana rupa yang sebenar bila dah masak. Ak bagi tahu aku tak tahu dan MIL kate kukus sampai sekian sekian jam lepastu dah boleh matikan api. Aku pun ikut lah seperti apa yang di arahkan.

Balik masjid MIL pon cek lah apam tu dan alhamdulillah menjadi lah seperti apa yang diharapkan.

Esok paginya lepas subuh MIL parut kelapa untuk di makan dengan apam tu. Aku ni walau peminat tegar kuih muih melayu tapi kuih apam ni aku biasa biasa je. Takde lah tak boleh makan langsng. Kalau ada makan. Kalau takde, takdelah sampai teringin..Tak masuk dalam kategori kesukaan aku macam lopez, abuk-abuk, tepung bungkus, kaswi, seri muka. gitulah. Tapi habis suka pun walau aku jenis pemakan, tetap lah tak boleh nak habiskan kuih separuh loyang. Paling kuat pun biasanya 3 ke 4 ketul. Max 5 ketul. tu kalau dah habis minat lah tu.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas dah siap parut kelapa dia pon datang rumah aku balik. Aku dekat bilik tengah bersiap. Dari dapur dia bagi tahu

.'' Wee, ko ambil separuh ye kuih ni. Mak ambil separuh.''
Aku : Haa banyak nye..??????
MIL : Tak pelah bawak g ofis
Aku : Diam. sambil fokus ke arah tudung yang perlu di simetrikan.

Lepas aku siap berdandan aku ke dapur lalu melihat kuih separuh loyang yang ditinggalkan untuk aku tu banyak mana.Kau tahu separuh loyang yang bersaiz sederhana tu banyak mana.

Siapa.yang.nak.makan.banyak.banyak.niiiiiii...nangis sendiri dalam hati...

#paksarela potong dan masuk dalam tupperware. Walau perut aku dah melompat lompat nak makan nasi lemak pagi tu.

Working environment kat ofis sekarang totally different macam tempat sebelum2 ni. Aku the one and only ladies in the floor.huu. Workstation isolate dari others officemate. Yang dekat dekat dengan aku team marketing yang waktu kerja nya in off masuk office. Jadi takde lah keperluannya untuk aku bawak kuih setengah talam. So sadddd....

Nangis kesian kat diri sendiri dan MIL.

Kesian kau kuih. Maaflah aku tak sanggup nak menghabiskan mu kerana aku bukan followers mu.huu



Love
Hawa







No comments:

Post a Comment