Saturday 4 March 2017

Penang 2016

Masih lagi entri campak belakang. Ape nak buat baru ada keinginan nak menulis.

Bulan 12 hari tu aku ke Penang. Biasa bila hujung tahun je memang R dan aku akan plan untuk berjalan. Sempena annerversary kami. Destinasi pilihan tahun ni adalah Penang.

Sebenarnya ada perkara lain yang menyebabkan kami ke Penang. R ada join event dengan kelab kereta dia dekat Alor Star. Mula mula aku plan nak menginap kat area Alor Star je sebab jauh jugak dari Penang nak ke Alor Star. Tapi bila survey balik area Alor Star macam tak berapa banyak tempat menarik sebab nanti aku kena memerap dekat hotel satu hari suntuk sementara R g event dia. So aku survey hotel yang boleh buat banyak aktiviti.

Habis survey semua, kali ni kami pilih hotel area Batu Feringgi. Shang Ri La Rasa Sayang.

Masa hari kejadian, plan nye nak gerak pagi. Dalam pukul 10 lebih gitu, nanti sampai cun cun masa waktu check in. Tapi tahulah R ni macam macam nak prepare untuk join event kereta tu. Aku masa tu dah annoying tahap gaban dah...hmm ye dari pagi semua da siap, yang dia masih sibuk dengan kereta dia.. So aku buat silent treatment je. Malas nak layan.

Pung pang pung pang dalam pukul 3 lebih gak kami gerak. Gerak sekali dalam tiga kereta. Yang aku tak fahamnya masa tu dah kenapa nak konvoi ngn diorang sebab memasing akan menginap di tempat yang berbeza. Diorang akan jumpa sekali nanti masa event esoknya kat Alor Star. Tapi lantak kan je lah. Tahu lah bila dah konvoi ni sorang masuk stesyen minyak semua kena ikut. Sorang masuk kedai tayar semua kena masuukkk. Kau rasaaa. .Panas je hati aku masa tu...

Mula lalu highway, bila da sampai dekat Tapah ke mana ntah, dengar kat radio jalan jem so kumpulan konvoi semua keluar lalu jalan biasa. Akhinya kami separate bila dah tak boleh tunggu sebab ada satu kereta tu dia nak masuk kedai tayar.

Perjalanan pon di teruskan lah ke Penang. Sampai kat sana dalam pukul 9 lebih. Sebelum tu da call hotel bagi tahu lewat check in. Ye la takut pulak kang dia cancel kan booking yang dah dibuat. Kena merayau la pulak carik hotel lain.

Lepas check in kami terus keluar cari kedai makan dulu. Perut dah lapar sangat. Cari kedai dekat area hotel je.

Lepas makan terus masuk bilik berehat.



                  


Esoknya pagi pagi H&H dah tagih nak terjun mandi. Lepas sarapan R pon gerak ke Alor Star dan aku bawak H&H mandi swimming pool. 




Dalam pukul 11 camtu nampak cuaca da makin terik, aku ajak diorang naik. Sebab hari ni memang akan memerap dalam hotel je aku plan nak bawak dirang main kat kids area. 

Da siap bilas badan tukar baju semua kami pon turun. Yakin je pergi sehelai sepinggang. Ingat tempatnya dekat hotel yang sama. Pergi tanya kat kaunter kid area tu kat mana. Dia cakap dekat hotel sebelah. Dalam kawasan yang sama cuma nama dia Shang Ri la Golden Sand. Orang kaunter tu cakap lagi boleh pergi naik buggy car. 


Sampai je sana aku tak tahu dia ada caj kalau nak main yang dekat belah dalam. Satu kepala 24 ringgit.Dan macam biasa stokin wajib pakai. Yang tak pakai boleh beli je kat situ. Aku pulak masa tu tak bawak cash banyak. So dia caj dekat bilik je lah. Masa checkout kang dia kira semua sekali. 






Bila dah masuk aku ajak main yang kat dalam diorang tak nak pulak. Main yang belah luar je. Main kat luar ni free je. Membazir je rasa bayar tadi.


Tak sampai dua jam pon main diorang dah ajak balik. Dah penat agaknya. Balik bilik dua dua  kepenatan. terus tidur. Aku lak scroll hp lah atas bawah atas bawah sampai penat. Baru nak lelap Harith bangun cakap dia lapar.

Aku pon orderlah nasi goreng untuk aku dengan spegheti untuk H&H






Dua dua kelaparan sangat. Bila dah kenyang diorang ajak mandi kolam lagi. Hmm aku ikut kan je lah. Dak takde apa nak buat. Diorang sakan mandi aku tengok kat tepi je. Malas nak join sekali.

Malam tu pon memerap lagi kat hotel. Petang tu aku bagi diorang mandi puas puas. Lepas mandi kat swimming pool sambung mandi lagi dalam tab. Biar diorang penat senang sikit nak tidur.

Sebab Pak mi tak balik lagi, malam tu order lagi makanan kat cafe. Aku ambil yang light light je sebab tak delah lapar sangat. Cumanya kena makan jugak sebab takut tengah malam kang terjaga sebab kelaparan. Lagipon  Stock roti pon dah habis.

Aku amik fish & chip. Leh makan sekali dengan HH. Portion nye kan besar. Kalau ambil satu untuk dia gerenti tak habis. Sudahnya kang terbuang je.


Dengan tambah yang ini. Tiba teringin pulak nak makan sagu gula melaka.


Tapi rasanya hmmm. Sebab dia pakai santan. Bukan susu. Terus rasa macam tak boleh nak telan. Tapi paksa telan gak. Nasib ada starwberry tu. Boleh la cover rasa loya tuu.

Lepas makan aku bagi diorang layan hp. Sampai gaduh gaduh sebab memasing nak tengok cerita sendiri dalam youtube. Pukul 10 lebih camtu diorang dah tidur tinggal lah aku sorang melukut di tepi gantang...ehhh..Tengok tv cerita ntah apa apa. R balik dah nak pukul satu camtu. Aku pon dah terlelap.

Hari ke 3 lepas sarapan kita orang terus ke Bukit Bendera. Nasib keluar awal sampai kat situ belum sesak sangat lagi. Dapat parking pon senang. Tapi orang dah kemain ramai woii. Aku beratur dah jauh gak dari kaunter. R g usha tengok kat dalam. Lepastu dia kata ada fast lane. So terus beratur kat area fast lane.

Fast lane ni kita kena bayarlebih sikit dari harga tiket biasa. Kalau normal RM 10, fast lane jadi 30. bagi aku kalau yang nak cepat lepastu ahli keluarga pon tak ramai ok lah ambil yang fast lane punya.



Turun dari bukit bendera sedang elok sangat da sampai waktu makan. Dalam planning macam macam tempat makan nak pergi. Tapi semua tak dapat sebab jalan sesak. Sana sini jem. Aku datang masa  tengah cuti berganda. So memang bandar Penang peak sangat masa tu. Last last nasib lah dapat makan dekat nasi kandar Hameedeyah. Merasa la gak makan sup dengan roti kat situ.

Lepas makan dah tak de aktiviti lain terus balik semula ke hotel. Budak budak sambung mandi swimming pool lagi.

Esok pagi lepas sarapan terus kemas kemas nak check out. Plan nak gerak awal. Tapi tak jugak. Diorang terjun swimming pool lagi. Kul 12 gak baru check out. Lepas check out ingat nak terus balik, tapi R ajak psing pusing pekan Penang dulu. Nak makan makanan Penang yang belum makan. Tapi keadaan traffic masih sama. Sana sini jem. lastnya kitaorang makan dekat Pelita nasi kandar je.

Perut dah kenyang baru mulakan perjalanan balik. Berhenti sekejap dekat Juru singgah rumah kawan R. Dia jamu soto. Alhamdulillah kenyang. Dari Juru terus jalan, berhenti dekat Tapah beli buah buat ole ole dekat MIL dengan pengasuh Harraz.

Tamatlah percutian 4H3M dekat Penang. Kesimpulannya kalau nak bercuti waktu cuti panjang memang kena sabar baanyak. Kena standby makanan bebanyak dalam kereta sebab nanti nak cari tempat makan dan parking akan ambil masa sikit. dari mood ok boleh jadi tak ok sebab dari lapar sikit jadi lapar gila...hahahah


Love
Hawa

No comments:

Post a Comment