Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Monday, 28 March 2011

Kecelaruan Emosi Di Hujung Minggu

Hujung minggu lalu emosi aku sedikit terganggu.Tak ketahuan apa puncanya. Tah disebabkan rancangan nak sambut besday Encik B yang terpaksa di tangguhkan atas sebab2 yang xdapat dielakkan atau xdapat pulang ke teratak hijau yang kini bukan lagi menjadi kediaman rasmi aku.


Teratak Hijau yang kini menjadi destinasi pilihan hujung minggu

Tapi bukan itu yang membebani emosi aku hujung minggu lalu. Akal dan perasaan masih boleh berkempromi untuk menerimanya kerana aku bukanlah manusia keras kepala yang sentiasa mahu kehendakku di penuhi.


Apa yang pastinya aku sangat tamak pada masa. Aku cuma ada 48jam seminggu. Aku mohon hormati masa yang aku ada.



Aku geram pada manusia yang tak memahami.

 Image by Google

Aku benci pada sindiran2 halus yang tak menghormati hak privasi aku.



 Image by Google


Memang aku tak boleh berkempromi akan hal2 tersebut.

Mahu menjerit seperti gambar di atas

Tapi aku masih waras.



Her : Put yourself in my shoes, and then you know how i feel..

Sunday, 20 March 2011

Weekend: Berdating sambil mengimbau kenangan zaman bercinta

Semenjak aku menjadi weekend wife ni, hujung minggu adalah masa yang sangat bernilai buat aku dan Encik B. Aku jadi sangat malas untuk keluar berpelesaran tanpa arah tujuan kerana bagi aku melepak di rumah adalah perkara paling berharga untuk menghabiskan masa hujung minggu. Tapi Sabtu semalam Encik B ajak aku ke Maxis Centre kerana bb Encik B ada problem bila nak surfing internet.Selain nak settle kan masalah bb Encik B, aku nak setel kan skali masalah outstanding bill yang membantutkan tindakan aku nak tukar ke line Celcom tanpa menukar ke nombor baru.Aku memang da lama panas hati dengan maxis ni. Perkhidmatan memang sangat hampeh.Encik B decide nak g dekat KLCC.Kami memang da lama tak kesana sebab kami berdua memang jenis xsuka saja2 nak berpeleseran ke shoping complex kalau xde apa something nak cari.Encik B plan nak naik komuter dari Sg Buloh then amik putra LRT.Aku agak excited jugak bila dengar plan Encik B.Teringat masa zaman bercinta dulu.Sesekali kami sengaja memilih tuk naik komuter sebab EncikB malas nak drive meredah jem. Sambil tu boleh cuci mata sambil tengok macam2 ragam manusia.

Image by Google
Gambar Selingan. Saja nak show ini adalah pengangkutan rasmi semasa zaman bercinta dulu.

Ni pun di ambil di Google
Ini pula adalah petunjuk laluan perjalanan aku. Bila naik train aku suka duduk berdepan dengan penunjuk ni. Setiap kali train berhenti aku akan kira berapa station lagi nk sampai ke destinasi.


Tapi plan yang dirancang Encik B xkesampaian. Aku yang cadangkan nak tukar plan tu. Kisahnya begini..Malam sebelum tu aku buka almari. Nak tengok baju apa yang sesuai nak pakai untuk date esok.Setelah satu almari tu aku geledah aku jumpa baju yang belum pernah aku pakai. Bila ada sale je aku pun beli la dua tiga pasang.Tapi disebabkan da jarang keluar baju tersebut hanya tersangkut je dalam alamari. Tapi yang menjadi masalahnye tudung yang sesuai nak pakai ngan baju tu xde. Maklumlah aku ni hidup secara nomad. Baju ngan tudung pun nomad la sekali. Kalau ingat ada event weekend tu aku bawa la balik. Tapi selalunya mesti lupa. Tu yang terpaksa beli tudung lain walaupun warna tu aku dah ada. Aku terpaksa tukar plan ke Sunway Pyramid supaya senangla nanti aku nak singgah Giant Shah Alam sebab nak beli tudung yang aku nak.(aku suka satu brand tudung yang ada jual kat situ.Kainnya cantik dan harganya pun ok. Sebab tu la sanggup ajak Encik B beli kat sana). Nasib Encik B ok je. Akhirnya plan nak berdating  naik komuter terpaksa la di batalkan.

@ Sunway Pyramid.Aku yang semakin tembam dan dia tetap begitu. Kesukaan kami bergambar depan cermin.


Berjalan2 sehingga kaki lenguh. Perut pun mula minta diisi. Kami nak cari something yang different.Sebab aku da jemu nak makan ayam.Tapi yang susahnya Encik B aku ni tak suka makan wastern. Tekak dia lebih ketimuran.Setelah penat bertikam lidah mencari citarasa yang sesuai kami akhirnya memilih Laksa Shake's sebagai tempat menghilangkan rasa lapar yang teramat sangat.

Lihat menu2 dua orang yang sedang kelaparan:


Menu pilihan Encik B: Set nasi bersama ayam masak lemak cili api, telor dadar dan sayur kerabu
Sup daging tu termasuk dalam pakej

 Ni lak pilihan aku : Lontong johor + Sambal sotong
Otak2 tu pun masuk dalam pakej

 ABC sebagai pencuci mulut

 Sirap bandung Encik B, Lime asam boy aku punya.



Sangat kenyang sampai aku tertidur sepanjang perjalanan pulang.



de other side : Mencari idea tuk sambut besday Encik B yang akan muncul beberapa hari lagi.