Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, 4 March 2017

Girls Day Out 2.0


Ni kali kedua kami plan hari bersama gegirl dalam family Misran. Kali ni include ipar duai dan anak buah. Yang first hari tu just adik beradik gegirl, mak dan 2 hero aku. Harith dan Harraz. Masa hari kejadian hari Jumaat sehari lagi sebelum CNY. HH dah cuti dan R sudi nak jaga dia hari tu. Boleh lah aku berjimba sakan. ehh..

Perancangan memang dah dibuat awal awal bulan lagi sebab aku dan nadia majikan kami berbangsa cina. Of course la office akan tutup awal sempena CNY. So kami pun plan lah dan diikuti kakak ipar aku, kak Adah, sekolah dia pun tutup awal sehari sebelum CNY. Kaklong dan kak Aida ambil cuti yang dirancang. 

Untuk aktiviti ni aku lantik diri sendiri ntuk jadi ketua rombongan. hahaha. saja memoyokan diri sendiri. Rancangan asal nak gerak lepas sarapan,lepas semua kerja rumah da settle. Tapi tahu lah, bukan boleh on time pun.

Tempat berkumpul rumah Kak Aida. Senang nak gerak terus menghala ke Shah Alam. dari lepas sarapan, kul 12 gak baru gerak. huuu..

Sampai terus g makan dekat Wong Solo seksyen 7. Sebab nak ke Jakel lepas tu. Dari Wong Solo terus lah ke Jakel. Berjam jam gak duduk dalam tu. Aku dari tak plan nak beli apa, terbeli pulak kain langsir untuk bilik. Memang ada plan nak tukar langsir bilik, rasa nak tunggu bulan depan. Sekali dah sampai situ mana boleh tak beli sebab dah nampak yang cantik dan kebetulan ada sale pulak. 

Dah habis berkampng kat Jakel terus ke Aeon Shah Alam. Ni lebih kepada tujuan asal aku ajak diorang berjimba. Hii. Aku suka pergi shoping mall ngan diorang sebab nanti boleh duk berjam jam dalam sephora. Memang ada benda nak beli, tapi sebelum beli tu suka test itu ini, tengok produk skin care yang best best..tu pun boleh jadi terapi. Dari plan nak beli satu barang terbeli dua tiga. gitulah kalau dah nama perempuan. 

Lepas dah beli barang yang dihajati, kami terus lepak minum minum dekat teh tarik palace. Sementara tnggu makanan sampai aku ngan kaklong g lari sekejap beli 3 slice kek sr wat sambut besday mak. Birthday mak masa tu baru lepas beberapa hari. Tak sempat lagi wat acara potong kek dengan whole family member. So kita sambut secara ringkas kat situ dulu. 



Sebelum maghrib kami pun bersurai. Terus ke rumah Kak Aida balik. 

Ada plan nak buat lagi Memasing tak puas sebab sekejap sangat sebab tak dapat nak masuk butik butik area seksyen 7 tu.. So insyaallah akan ada lagi la gegirl day out part 3.sighh..


Dari kiri; Kaklong, elin (anak kaklong), Wawa (anak abg Jat&Kak Aida), Intan (makan auntie anne), Aishah (tudung hijau), Kak Adah (wife abg ngah), Mak, Nadiah, Nurul (wife Mizi), Aku (ketua rombongan), Kak Aida (Wife Abg Jat)

Love
Hawa



Tuesday, 17 January 2017

#Throwback Turn 30 dan Family Gathering

Entri campak belakang kiranya ni.

31 December yang lepas aku secara rasminya memasuki 3series. Baby akhir tahun ler kiranya aku ni. Sebenarnya aku takde la excited sangat setiap kali ulang tahun kelahiran. Kadang kadang sambut kekadang tak. Memadai lah dengan wish dan sepotong kek je pon da ok.

Tahun ni special sikit. Special sebab dapat meraikan dengan family. Memang menjadi kebiasaan setiap hujung tahun family aku akan buat makan makan sebelom memasuki tahun baru. Tapi tahun ni rancangan event tu jatuh masah birthday aku. So celebrate sekali je lah.

Kali ni buat di Sitiawan  rumah abg ngah aku. Macam macam aktiviti kitaorang plan. Sukaneka, potluck untuk makan tengahari, bacaan yassin, BBQ, potong kek, tukar tukar hadiah dan last sekali mandi pantai Teluk Senangin.

Rancangan asal nya mula dengan makan tengahari hari Sabtu tu. Tapi memasing ada kenduri dan hal hal lain so drag ke makan malam. Sebelum makan malam tu bermula kita buat solat berjemaah dan bacaan yasin dulu.

Dah selesai solat berjemaah dan bacaan yaasin mula lah aktiviti makan makan. Gambar makanan takde ambil pulak. Kaklong bawak ikan cencaru bakar plus air asam, abg ngah dan kak Adah a.k.a tuan rumah buat spagheti, abg jat dan kak Aida buat coleslaw, aku bawak udang sambal, mizi bawak kepak ayam untuk di bakar, Nadiah bagi buah. Main course haruslah daripada emak.Masak lemak ayam, ulam jantung dan sambal belacan.Ada ikan masin sekali.

                                                             
                                                                     Kek birthday


    Birthday girl kekononnya....Happy birhtday to me. 



 Acara tukar hadiah. Yang paling besar tu yang agak best. Dalamnya bantal bamboo Akemi. Dari Tamam. Rezeki tuan rumah yang dapat. Aku punya no 5 dapat ke abg jat. Padahal dia da nampak apa yang aku beli sebab sesama wrapiing kat customer servis. Haruuu betul. Aku dapat dari kaklong, set cadar Akemi tapi untuk katil queen. Pakai kan untuk katil bilik ke 2 je la nanti. Ok la tu..


Pagi tu sarapan makanan lebihan malam tu. Pagi pagi lagi kami dah jamah nasik macam orang nak pergi kebun. Mak tambahkan dengan kuih keria nih. Siap uli dari Tanjong Karang lagi. Pagi tu tinggal goreng.


Lepas dah kenyang bergerak la kami ke pantai. Ramai pulak orang hari tu. Susah gak nak dapat parking. Mula dah nak balik dah. tapi pikirkan anak anak semua dah semangat teruskan jugak pencarian.


       Sampai kat situ memang matahari dah terpacak betul. Tapi budak budak mana tahu panas.






Balik dari pantai semua dah kepenatan plus kelaparan. Abg ngah da order siap siap lauk untuk tengahari tu. So tinggal makan je. Lepas makan semua terbongkang tidur kecuali bebudak yang tak tahu erti penat. Padahal da berendam kat pantai tu.

Bila semua da recharge tenaga, petang tu saja buat sukaneka. Ni plan R lah sebab dia suka handle benda benda macam ni. Sukaneka game simple simple je pon. Game saja bagi bebudak happy. Hadiah berupa set alas tulis di sponsor oleh Nadiah.


                          Bawak gelang getah guna straw dan transfer ke ahli kumpulan



                                                             
                                                                 Lawan pijak belon.

Untuk orang dewasa ada gak game. Suap ais krim sambil tutup mata dan baling belon air berpasangan. Dua dua gambar tak de sebab semua jadi participant.

Last sekali sebelum kami wrap of the day, ....selfieeee dulu.

                                                                 
                                                                   My favorite picture.

Semua plan nak balik malam tu tapi di sebabkan beberapa ahli mengalami cherry berry semua post pone balik esok pagi.

Malam tu kami plan nak makan dekat Horizon Garden Manjung. Memang da pernah makan kat situ dua tiga kali. Tapi disebabkan ada dikalangan ahli keluarga yang tak berapa sihat makan malam dekat kedai yang best tu pon jadi so so. Di tambah lagi dengan bebudak semua yang dah keletihan memasing da tertidur sebelum makanan sampai.

Esoknya Kaklong dan Abg Jat balik lepas sarapan. Aku menyusul lepastu.

Maka tamatlah kisah mengenai gathering family aku. Alhamdulillah untuk nikmat kasih sayang yang Allah berikan nih.Aku bukan nak cakap family aku perfect, ada masa kami terasa hati, kecik hati, tak bertegur sesama sendiri,ada haluan dan cara masing masing, tapi penghujungnya kami tetap bersatu sebagai satu keluarga. Kasih sayang sesama adik beradik tetap wujud dalam diri masing masing.

Love. Hawa.



Monday, 16 January 2017

Hujung Minggu Yang Bingung

Sejak aku bekerja hari Sabtu, hari Ahad adalah hari yang sangat berharga. Ya aku memang akan manfaat kan masa sepenuhnya hari tu seperti tidur melebihi waktu biasa..

Eh tak delah begitu..cuma lepas suboh bole sambung buat taik mata sekajap lepastu bermalas malasan atas katil, makan sarapan sama sama dan seterusnya housekeeping mana yang patut seperti cuci tandas, vacuum lantai, lipat kain, basuh tudung, dan macam macam lagi lah.Tu rutin selalunya lah kalau aku tak pulang ke tanjong karang. Biasa aku akan balik 2 minggu atau 3minggu sekali.

Walau da memasuki 3sereis perasaan homesick tu tak pernah hilang lagi. Sebelum sebelum ni menjadi kebiasaan setiap 2minggu. Tapi lepas aku kena kerja hari Sabtu, macam dah berubah ke 3minggu sekali sebab ada hujung hjung minggu tu aku perlu lebihan masa untuk housekeeping rumah. Tu lah sebenarnya kalau boleh tak nak kerja hari Sabtu tapi buat masa ni tak de pilihan lain. Memang kene hadap. Terpaksa..Ya terpaksa hadap. Tunggulah nak tukar kerja masih baru lagi dan ekonomi pon tak berapa baik. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada..

Hujung minggu semalam juga seperti biasa dan terpaksa postpone lagi pulang ke Tanjong Karang. Selain adik beradik R tak de yang balik dan MIL sorang, aku fikir elok lah kiranya aku mengorganize wardrobe aku yang dah semakin huru hara.

Dan malam sebelum tu dah bagi tahu kat R esok nak cari barang dapur, so dia cakap kita keluar teruslah sebab nak hanta MIL kursus haji. Aku pon ok je lah sebab malas nak keluar dua tiga kali. Sekali harunglah je lah walau terpaksa mengorbankan waktu tidur ku di pagi Ahad

Pagi tu lepas solat aku baring sekejap dan kalau boleh nak jugak tidur walau seminit dua. Padahal da tahu MIL punye kursus mula pukul 9.00 pagi. Manusia last minute macam aku dalam fikiran 8.30 ok lah sebab perjalanan ke tempat kursus dalam 30minit jugak . Tapi itu aku.. MIL aku kul 7.50 da terpacak kat depan pintu. Aku masa tu baru nak iron baju. R cakap nak lepas hanta mak nak ke Sunway Piramid terus. Dia nak ambil barang COD.

Dah siap berdandan, tak sempat pakai tudung bebetul pon, R dan hint pakai dalam kereta je lah sebab jam dah 8.15 dan MIL dah eheheemm ehemmmmm....

Kitaorang gerak dalam 8.20 macam tu. Lepas drop by MIL terus menghala ke Sunway Pyramid. Aku macam masih blur. Tanya R nak breakfast kat mana. Dia jawab kita carik old town area Sunway je lah. Aku ok tapi macam tak boleh terima lagi. Sebenarnya aku malas dan tak da nafsu nak ke mana mana. Dalam fikiran nak breakfast dekat warung tepi jalan dekat ngn tempat MIL berkursus lepastu terus pegi beli grocery. Tapi ikut je lah R punye plan.




Aku try makan ni. Tapi tak kena dengan tekak pulak



Harith macam biasa set boboi dia tu je lah. R dan Harraz nasi lemak bungkus. 

Tengah makan tu cakap dengan R tak yah lah masuk SP lagi pon tak de apa nak carik dan banyak benda nak buat kat rumah tu. Kain pon tak habis lipat lagi.

Mungkin tengok aku macam malas je, dia ok je lah. So terus ke giant cari barang dapor lepas ambil barang COD yang dihajati dekat Shell area situ.

Keluar Giant singgah sekejap kat kedai perabot area bukit Subang. Nak tengok katil single untuk Harith & Harraz. Plan tahun ni nak bagi diorang tidur bilik sendiri. Survey dulu kena dengan bajet ke tak.

Lepas keluar kedai perabot tu matahari da mencanak. Perut belum lapar lagi nak makan tengahari. Aku decide beli KFC je lah untuk alas perut in casa balik kang lapar

Sampai rumah apa lagi membuta lah semua.. Bangun tidur perut berkeroncong baru pergi dapur. Keluarkan ikan, siang bayam, mesin cili.

So lauk malam tu bayam masak air dan sambal ikan kerisi. Gambar tak de pulak sebab memasing kelaparan menikmati lunch cum dinner...

Settle. Tapi wardrobe aku tak berkemas lagi. Sambung berhuhu ke minggu ni lah nampaknya.