Thursday 14 April 2011

Inai di Jari Sudah Hilang Merahnya

Pagi tadi aku potong kuku

Setelah hampir 4 bulan lebih menghiasi kuku aku

Warna kemerahan itu lenyap juga dari pandangan mata.

Terima kasih buat kamu.Kerana kamu aku masih digelar pengantin baru.

Walau sudah menjangkau ke bulan ke empat.

Kira pengantin baru la jugak tu kan...

Tidak semena2 aku terpikir nak masukkan gambar kawin aku kat sini.

Buat tatapan mereka2 yang tak punya Facebook aku.(Buat mereka yang ada maaf ye.Kalau kamu sudah bosan melihatnya.

Ni sebahagian dari gambar kawin aku yang berlangsung pada 10/11/12 Disember 2010.


Selepas akad nikah.


Baju Persalinan: Arab Theme


Majlis Persandingan 11/12/2010



Outdoor Session
Scene yang banyak kali kena ulang.


Majlis Bertandang :12/12/2010



Antara rakan2 yang hadir.Member degree.


Member Diploma


Favoirite pic. 

My Family


Door Gift dari kami.Tanda Penghargaan buat semua yang hadir.


Her : Sedang menanti sesuatu.Harap segala proses berjalan dengan pantas. Aku rindu dengan suasana dan mereka2 di sana...Harap rezekiku masih ada di sana..Doakan aku..

Thursday 7 April 2011

Nostalgia: Seluar Jean dan Tshirt PDI

Tadi boring belek2 gambar dalam handphone, dan terjumpa gambar ini.



2 weeks after married

Sangat rindu dengan seluar jean dan t-shirt ni.Sekarang hanya menjadi bahan pameran dalam almari


Her : Segalanya mungkin dalam hidup ni. Orang kurus tak mustahil akan gemuk dan orang gemuk tak mustahil akan kurus.

Wednesday 6 April 2011

Bawa Bekal Ke Office : Support Go Green Campaign

Aku sangat menyokong kempen Go Green. Salah satunya dengan cara membawa bekal ke office. Selain dapat ,mengurangkan penggunaan plastik dan polisterin dapat juga kita berjimat


Kebetulan setiap hari Rabu dan Khamis kat office ada kelas mengaji pada waktu rehat. So pada dua hari tersebut aku akan bawa bekal ke office.Lebih2 lagi sekarang memasak merupakan hobi baru aku. Nak bawa bekal hari2 memang tak dapatlah sebabnya biasa aku masak makanan malam yang simple2 je. Pada aku lunch kena ambil yang heavy sikit. Tak boleh la hari2 makan yang simple je. Nanti kurang zat pulak.

Tengok apa bekalan yang aku bawa hari.


 Paper beg yang digunakan untuk mengisi bekal makanan. Company tak benarkan bawa beg plastik secara terang terangan di bawa masuk ke dalam bangunan.(Idea yang baik dan sangat environmental : so gunakan recycle beg)


Bekas makanan :Tupperware. Sangat safety sebab tak boleh tumpah.




Dan ini lah makanan yang aku bawa untuk lunch hari ni. Betapa gigihnya aku masak malam tadi. Tak hirau semua cerita kat tv. Simple kan. Sesekali makan camni ok pe. Oh ye sambal udang aku menjadi juga akhirnya.

Her : Berbaloi2 dapat hadiah kawin satu set Tupperware. Dapat dari yang kecil sampai yang besar.Terima Kasih Kaklong kerana menghadiahkannya kepada aku. Sangat2 la berguna bagi orang macam aku yang baru mula kerja. Mana la mampu nak beli set tupperware banyak2 sekali gus. Ok.Masa balik da sampai. Hari ni hubby aku datang jemput.Yeaaaa!!!

Tip Hilangkan Rasa Mengantuk Di Pejabat

Pernah tak rasa ngantuk yang amat sangat.Mata bagai digam untuk melihat PC- Tipu kalau tak pernah.Aku selalu-


Menguap yang tak berhenti2 sampai nak terkoyak mulut

 Image by Google
Berikut adalah tip2 untuk menghilangkan rasa ngantuk ketika di pejabat.

• Makan gula-gula getah. Kunyahlah ia tanpa henti.

• Sepak bucu-bubu meja dengan kaki (Anda di nasihatkan buka kasut terlebih dahulu)

• Ambil sekeping kertas A4 tegakkan dan tarikkan ia di antara dua jari telunjuk dan tengah.

• Hina kawan sebelah anda secukup-cukupnya

• Sentiasa berlari pecut untuk kemana-mana sahaja di dalam pejabat itu (Pergi tandas, pergi ke meja kawan dsb)

• Cabut sehelai bulu hidung anda dengan lajunya.

• Jangan makan atau minum sepanjang hari (Makan pada waktu malam sahaja). Sebabnya orang selalu mengantuk selepas makan.

• Pesan pada penyambut tetamu pejabat anda supaya meng'interkom' anda setiap 5 min.

• Buat secawan kopi panas dan tumpahkan ia atas baju dan seluar anda. (Tumpahkan pada kawan pun boleh juga - lebih afdal)

• Ambil stapler dan staplekan cuping telinga anda atau telinga sesiapa sahaja yang berdekatan.

Jika semua ini masih belum dapat menghilangkan mengantuk anda itu, silalah pergi ke surau/bilik sembahyang dan tidurlah seketika (satu jam dah memadai)
source : http://teratak.forumotion.com/



Her : Rasa nak try macam gambar di atas...

Monday 4 April 2011

Monday Blues

Its Monday...huhuhu
Image by Google

Hari Isnin yang sangat bosan. Rasa malas yang amat sangat. Tulis entry yang agak merapu bagi menghilangkan rasa bosan dan malas yang bermaharajalela


 Gambar diambil bagi meningkatkan mood untuk bekerja
.

Sedikit Fakta mengenai gambar di atas :

1) Tudung di atas adalah tudung yang baru dibeli di pasar hari Sabtu lepas. Sangat berpuas hati dengan kualiti dan harganya. Rasa nak beli lagi je.Tapi kena tunggu gaji bulan depan.
2) Eyeliner : Elianto
3) Blusher : Maybelline
4) Lipstik : Maybelline (Lipstik dah agak pudar. Gambar diambil sejurus selepas naik dari cafe)
5) Blouse putih : Baru pakai kali kedua. Baju yang dibeli sempena nak menghadiri gathering family yang bertemakan warna putih. Tak suka dengan kualiti kain dan juga design bajunya. Beli secara terpaksa kerana tiada pilihan.
6) Plastik putih : Plastik tersebut berisi goreng pisang yang dibeli ketika makan tengahari tadi. Makanan tambahan yang wajib dibeli supaya mulut tidak tercari2 makanan untuk mengunyah selepas jam 4 petang.
7) Botol Biru : Barand Tupperware.Berfungsi untuk mengisi air kosong kerana ibu2 mengandung perlu minum air kosong yang banyak bagi mengelakkan masalah sembelit.
8) Botol plastik tutup merah : Botol untuk mengisi kerepek yang telah dibukak. (Makanan ringan untuk mengunyah apabila mengantuk)
9) Sunsweet : Juga makanan tambahan bagi mengelakkan rasa yang tak sedap seperti tekak hanyir selepas makan tengahari.


4 Perkara Yang Menandakan Aku Hidup Dalam Blues (Hari ni)

1) Suara anak buah aku wawa yang memanggil Cik Amy dengan suara yang menakutkan (macam budak2 main hantu2) asik terngiang kat telinga aku. (Cik Amy : Hubby aku). Sebelum ni dia malu dengan hubby aku. Suruh salam dia tak nak. Katanya malu. Tapi semalam 1st time dia shake hand ngan hubby lepas dia panggil dengan suara yang kononnya takut dan dia cakap dia dah tak malu lagi.  Membuatkan aku asik nak tersengih sendiri je.

2) Kari ketam yang mak aku masak semalam masih terasa2 kat mulut ni. Memang syahdu habislah kari ketam tu. Aku makan sampai tak ingat dunia. Aku ratah ketam seekor setengah. Belum termasuk kaki ketam yang gemuk2 tu...dah la isi penuh.Manis lak tu..adui..memang xboleh nak lupa kesedapannya.

3) Kempunan nak makan berger yang jual kat depan 7elevan Kuala Sel. Berger dia memang betul2 sedap.Setiap kali balik dari Tanjong mesti nak singgah beli.Tapi semalam aku xdapat nak beli sebab nak balik Ijok awal.Nak tengok ABP punya pasal.Ingatkan da bukak. Tapi dia bukak malam.Lepas maghrib. So sepanjang hari aku asik terpikir je pasal berger tu dan tak sabar nak tunggu hujung minggu lagi nak beli berger tu.

4) Penangan ABP. Kerana menonton ABP malam tadi, pagi ni otak aku asik duk pikir je nak baca cerita2 pasal ABP.Nak tengok fesyen baju diorang, nak baca apa2 je la yang berkaitan  dengan ABP semalam. Lagi2 Faizal Tahir menang semalam. Lagi lah aku suka nak baca blog2 yang minat Faizal Tahir. Memang aku diselubungi blues sepanjang hari.


Her : Dapat jiran baru. Cik Lulu dah pindah tempat ke depan. Hilang kawan nak bergosip sambil bekerja. Jiran baru seorang lelaki yang umurnya lebih jauh dari aku..Bertambah tambah la blues aku hari ni..Sekian

Friday 1 April 2011

Bahagia Itu Apabila Membahagiakan



 by Google

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.


Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.


Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.


Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?
Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.


Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.


Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic' – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.


Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.
Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!


Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.
Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!


Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.


Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...



Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

Source : iluvislam.com


by Google


by Google



Her : Mana yang perlu ? Bahagiakan diri sendiri atau orang lain?